Friday 25 November 2011

cintaku telah berubah

Salam sejahtera..aq dah lama x update blog..maklumlah tengah exam.nie aq ade satu hal nak bgtau.cintaku dah beralih arah sekarang..hehehe..korang nak kenal siapa dia...inilah dia..
korang kenal siapa dia???nama dia kim myungsoo.nickname or stage name L.lahir pada 13 march 1992 [2 tahun beza nagn aq].tinggi 178 cm,berat 62 kg,
dulu aq minat kim hyun joong..[baru aq prasan nama family dia sama]..agak2nya aq memang jenis minat nama family kim rase kim hyun joong,kim myungsoo,kim kyu jong,kim hyung joon...and so on..
dia nie ahli kumpulan INFINITE yg terdiri dari kim sung gyu [leader,main vocal],nam woo hyun [main vocal],l [vocal.visual],lee sung jong [vocal,manknae],lee sung yeol [vocal],jang dongwoo [rap,vocal],and the last one hoya [rap,vocal,dance]..

bila ade masa aq update crite pasal group nie ok...sekian....

sorry i had to let you go...,<3

Wednesday 5 October 2011

KEM AND ss501...

Salam.slamat tengah malam....lama tak tulis blog..al-maklumlah sibuk lah katakan[kalah PM].
lepas abis trial SPM kene pergi kem situ lah kem cnie lah..penat giler,nasib baik tak pengsan.nie baru lepas balik dari akademi SPM minggu lepas.penat tak hilang lagi.ingat kan balik dari kem boleh lah rehat,tup tup pergi sekolah hari khamis. "faezah.kertas cg. bagi semua ada kat dalam meja"ujar tikah[kawan aku]
Tengok dalam meja, peh....berstimbong [perkataan terengganu yg membawa maksud banyak yg teramat sangat].fizik.biology,xmath,chemis,bm,bi,mat,pai pun ade...1st dalam sejarah.ade homework pai...hehehehehe...gurau je..ustazah jangan marah....
 ingatkan lepas kem boleh duduk rehat,.rupanya hampeh...x de masa langsung.dah lah mule-mule blajar xmath.nak pecah kepala tecer buat ujian.dengan keadaan aku yang tengah pening kepala...nasib baik boleh jawab.bangga woi dapat markah penuh walaupun tengah sakit.beg pon x kemas abis lagi.ok...abis crite pasal kem2 nie.buat menyemak hati aku je..minggu depan ada pulak kem.adoi...dah lah kem minggu lepas pun aku skip[atas alasan yg tertentu ye...budak baik mcam ehem2... tak buat kerje2 yg tak senonoh macam korang fikir tu]


   Yang aku nak crite sebenarnya pasal kumpulan SS501.Bg budak2 yg minat korea comfirm kenal kan.group nie dah lame debut.tak silap aku tahun 2005  [masa aku standard 5 kot].ss501 adalah group ke-2 yg aku minat sepanjang hidup aku selama 17 tahun selepas u-kiss. bg budak macam aku yang tak brape nak minat sangat kumpulan2 korea nie[aku layan crite je..penyanyi tak layan] adalah  malang lah sedikit nasibnya....[menangis teresak-esak] coz group nie dah break off  [ahhhh..tidak]  masa aku nak minat korang nie lah ,korang nak break off2 pulakkan..dengar tak????? TENSION AKU.  [mesti orang ade kata macam nie:asyik2 korea [terutama cik kasih sorang 2] @ yg hang dok menjerit kat sini macam org gile buat apa.???macam diaorang boleh dengar...baik hang dok buat kerje...SPM dah nak dekat..kan2...well hello... nie blog aku, suke aty aku lah.pastu ada org kata lagi..amboi bhase...sila jaga bhase anda..,,bhasa jiwa bangsa..[biasanya aku yg selalu gune ayt nie]...yg aku dok melalut nie apsal..dah3..sambung balik crite pasal ss501].aku pun tak ingat and tak tahu macam mana boleh tersangkut.bersangkut,disangkut and so on kat group nie.So,aku pun pergi lah kat house aunty youtube.cari punya cari punya cari.....jeng3....jumpa lah veriaty show diaorang buat ."thankz u 4 raising me up".Bermula dari itu,aku telah menyelongkar house aunty youtube sepenuhnya pasal SS501.show dia yg paling aku suka "thank u 4 waking me up".[berulang kali aku tengok]then,aku start geledah bilik utama aunty youtube.nak tengok song2 group nie.lagu first aku jumpa 'snow prince'.kebanyakan artis yg aku minat sebelum nie [banyak ke???bukan ukiss je ke.buat2 byaklah jugak...]..aku akn minat lagu 1st yg diaorang nyanyi je,yg lain tak de impact langsung.but not 4 this group..lagu2 diaorang best semua.aku tak bosan dengar lagu2 diaorang walaupun rancak tapi best..banyak2 anggota group nie..semua aku minat coz diaorang ada kelebihan msg2.leader,kim hyun joong aku suka coz smart,pendiam,macho dan so on.maknae,kim hyung joon aku suke coz cute n baik hati,kim kyu jong aku suka coz comel dan baik hati.dia selalu bangun awal and baik yg teramat sangat[suka mintak maaf eventhough bkn salah dia].heo young saeng,cute lah jugak.aku suka lagu dia 'let it go'.cara dia menari lagu ni masa part let it go memang best.and the last one is park jung min.x tau nak describe macam mana sorang nie.kadang2 cute especially masa lagu 'a song calling 4 u'.part dia mengamuk atas katil,kdg2 klakar tapi suka buli maknae..x suka masa tu.walaupun diaorang dah break off and buat haluan masing2..aku akan tetap sokong diaorang sampai bile2 and aku still hope they can comeback as a team again.ss501....hwaiting!!!!!!!!


p/s note>aku still tak tau yg mana satu idaman kalbu.......<3..yg mana satu ya????
sarangge ss501..always be princes in my heart....
                                                                                                                                       time:12;46 am

Friday 26 August 2011

SALJU CINTAKU DI KOREA PART 4

"Kamu duduk sana jaga diri baik-baik.jangan suka cari gaduh kat  sana,perangai tu tolong lah ubah."pesanan mak buat diriku sebelum berlepas ke Korea.Pesanan yang hampir sama diberikan oleh ibu semasa kak Aireen hendak melanjutkan pelajaran 3 tahun lepas.Aku memandang kak Aireen agar menyelamatkan aku dari bebelan ibu namun tak kesampaian.Mungkin dia mahu balas dendam kerna aku tak menolongnya dulu .Sampai hati kak Aireen.
"Kau kat sana nanti jangan lupakan aku eh,twet aku selalu eh.Nanti kalau jumpa mamat Korea jangan lupa kirim salam eh"ujar Shila sambil tersenyum.

"Cik,cik..."teguran dari pramugari mengejutkan aku dari lamunan.Aku tak sangka sekarang aku sudah berada dalam kapal terbang dan telah jauh dari family dan rakan-rakan terutama Aireil.Tiba-tiba air hangat mengalir di pipiku tanpa kusedari.
"Cik,cik tak apakah?tanya pramugari itu setelah melihat aku menangis.
"Tak ada apa-apa"beritahu aku..
"Sila pakai tali pinggang cik.Kita akan berlepas sebentar lagi."Aku hanya mengangguk dan melakukan saja arahan dari pramugari itu.Orangnya tinggi dan cantik,patutlah dapat jadi pramugari.Aku pun masa kecil pernah berangan nak jadi pramugari tapi disebabkan ketinggian aku yang tak berapa nak tinggi nie,terpaksalah aku melupakan hasrat tu.Aku mengambil keputusan untuk melelapkan mata bagi mengelakkan kapal terbang nie dibanjiri oleh air mata aku kerana teringatkan family.Aku terdengar bunyi seseorang sedang duduk disebelahku namun aku tidak mengendahkannya.Aku perlu berehat buat seketika.

Selepas beberapa jam di dalam kapal terbang.
Apasal perut aku ni,masa ni lah nak meragam,masa di airport baik-baik je.Adoi spoil mood aku je.
Semasa melangkah pergi untuk ke tandas,aku terlanggar seseorang kerna mahu cepat.
"Maaf,saya minta maaf"aku membersihkan baju dari tumpahan air sambil mendongak kepala.Alamak mamat nie,hensem giler,tergugat iman aku sekejap.
"Emmm...jawab mamat tu sambil berlalu begitu saja.
Emmm??tu je,berlagak giler mamat nie,menyesal aku puji tadi.Dah lah dengan muka selamba, pastu terus blah macam tu je.Menyesal aku mintak maaf.

Untuk mengelak daripada kepala aku migrain coz teringatkan peristiwa tadi, aku pun berehat sambil mendengar dari mp3.Tiba-tiba je,mamat tadi mari kat aku,aku dah takut dah.macam mana lah kalau dia minta ganti rugi baju dia,aku dah lah tak ade duit skarang ni.macam mana nie.
Tiba-tiba lelaki tu duduk di sebelah aku.
"Errr,i'm really sorry about that."aku mintak maaf sambil buat muka seposen tapi laki tu  buat bodoh je,geram aku.Malas nak layan mamat yang tak ade perasaan nie,aku pun sambung lah tidur.
"Puan,sila pakai tali pinggang,kita akan mendarat sebentar lagi."beritahu pramugari itu sambil tersenyum padaku.Apasal dia panggil aku 'puan',aku belum kahwin lagi.Aku cuba untuk bangun tapi kepalaku terasa berat.Aku cuba mendongak.
Alamak..apasal aku boleh tertidur dan boleh aku letakkan kepala aku kat bahu mamat nie,malunya.Patutlah pramugari tu panggil aku puan,rupanya dia ingat mamat nie suami aku.Aku tersenyum sambil memandang 'suami' aku nie,Memang tak dinafikan mamat nie memang hensem.
"You are awake?soal  mamat korea sambil memandang aku,terasa malu lah pulak.Aku melarikan pandangan dari melihatnya.
"Yes,we will be landing,put on your belt.ujar Ailin sambil merapikan sweaternya.
''You sleep well"
"Yes,thank for lending your shoulder."beritahu Ailin
"No problem,i see you so tired,so i just let it.
Ahhhh,betapa malunya aku sampai tak tengok langsung wajah dia.

bersambung...
Nukilan :: faezah aiez azman

Monday 22 August 2011

SALJU CINTAKU DI KOREA PART 3

"Kau buat apa tu,berangan je sorang-sorang.Perangai tak boleh nak ubah kan,"sergah Shila dari belakang.
"Kau ni,nasib baik aku tak ada sakit jantung.Kalau tak dah lama aku masuk kubur ,tak boleh bagi salam dulu ke,pakat main terjah je,kau ingat kau Nas Ahmad ke?beritahu Ailin dengan geram.
"Jom aku  bawa kau kat suatu tempat."beritahu Shila.
"Kat mana?aku malas lah nak jalan-jalan.Lagipun pinggan mangkuk tak basuh lagi ni."jawab Ailin

Apalah budak ni sorang,Ajak aku ke taman bunga,tak ada klas langsung.Ajak lah ke taman permainan ke,bolehlah aku main buat kali terakhir sebelum pergi ke Korea.
"Aku pergi tandas kejap"sahut Shila dari belakang.

Apasal minah ni .tinggalkan aku sorang-sorang kat sini,kejap tadi dia yang beria-ria nak ajak aku pergi taman.Seram sejuk je aku duduk sorang-sorang kat sini.

"Assalamualaikum,Ailin"kedengaran suara dari belakang memeranjatkan aku.Tak pasal-pasal langkah silat gayung keluar.Kesian budak ni.

"Adoi,awak ni memang teruk lah,sakit saya.Patut lah orang panggil awak gadis gayung.Sekali keluar silat,ayah saya punya langkah pun boleh kalah."adu Aireil menahan kesakitan.
"Maaf lah awak,mana saya tahu awak yang ada kat belakang saya,saya ingatkan orang jahat,sebab tu habis keluar semua silat gayung yang saya belajar".jawab Ailin dengan perasaan bersalah.
"Ada orang jahat bagi salam ke?bantah Aireil
"Yelah,yelah saya minta maaf,puas hati,nanti saya belanja awak makan ice-cream ,ye.Apasal awak nak jumpa saya?tanya Ailin
"Saje je,nanti dah tak boleh jumpa awak lagi,4 tahun kena duduk berjauhan dengan awak,sedih tau.Macam mana lah dengan kehidupan saya nanti tanpa awak disisi saya.Awak kat Korea,saya kat Australia.tak boleh nak jumpa selalu."cakap Aireil dengan nada sedih.
"Awak ni propa lebih,awak tau tak.Saya pergi Korea bukannya nak cari laki.Awak jangan risau lah.4 tahun tak lama,pejam celik,pejam celik dah 4 tahun."pujuk Ailin
"Kalau pejam tak celik-celik,cam mane?tanya Aireil.
"Awak boleh tak jangan buat saya takut.Soal ajal maut,jodah pertemuan ditangan tuhan.Kalau jodoh kita ada,insyaaallah kita akan dipertemukan semula,namun kalau jodoh kita setakat ini saja,kita kena pasrah"nasihat Ailin dengan sabar.
"Awak jangan cakap macam tu,saya tetap akan sayang awak sampai bila-bila,cinta saya pada awak tak kan berbelah-bagi dan akan sentiasa mekar dalam hati saya."sayu saja omongan Areil.
"Insyaallah,kita ikutkan saja apa yang telah ditakdirkan oleh ALLAH S.W.T."ujar Ailin.
"Nah,awak simpan rantai ni.Rantai ni lambang cinta saya pada awak.Kalau awak rindukan saya, awak pegang rantai ni dan bayangkan saya di sisi awak,ya"panjang lebar pesanan Aireil.
"Tapi saya tak ada apa-apa nak bagi kat awak"beritahu Ailin
"Cukup awak berikan cinta awak untuk saya seorang saja."kata-kata Aireil menusuk ke kalbu hatiku.Sesungguhnya kalau dia yang tercipta untukku di dunia ini,maka kau mudahkanlah perhubungan ini.Doaku pada ILLAHI.
"Ha,korang buat apa ni?"sergahan Shila dari belakang menhentikan perbualan kami.
"Kau ni memanglah pakar buat orang sakit jantung"adu Ailin.
"Eleh, nak mengadu dengan abang dia lah tu,takpe nanti abang aku mari aku beritahu kat abang aku yang korang buli aku,biar padam muka,hahahaha"omong Shila sambil menghulurkan ice-cream yang baru dibelinya.
'Alah,janganlah merajuk,tu abang kesayangan kau dah datang tu,pergi lah sambut ."sampuk Aireil yang dari tadi hanya senyap mendengar usikan aku dan Shila.

Shila terus berlari ke arah Arman,kekasihnya yang baru pulang dari plkn.Sambil berbual di taman bunga,kami makan ice-cream yang dibeli oleh Shila tadi.Kami mengimbau kembali saat bersama masa sekolah menengah,saat bagaimana Aireil mula-mula mahu mendekatiku.Saat itu akan terus kekal dalam hatiku dan akan menjadi kenangan  terindah dalam hidupku.[macam lagu samsons lah pulak].Aku berdoa agar hubungan kami berempat akan terus kekal buat selama-lamanya.

bersambung...

nukilan :faezah aiez azman

Sunday 21 August 2011

SALJU CINTAKU DI KOREA PART 2

"Ailin,tolong ambilkan kuih yang ada kat atas meja,tu"sahut ibu dari ruang tamu.Aku baru nak berangan nak beli baju sejuk untuk pakai semasa di Korea nanti.Spoil mood aku je lah ibu aku ni.Namun kata-kata itu tidak diutarakan,mengajuk nanti ibu,siapa nak pujuk.Hanya kak Aireen saja yang jaguh dalam bab pujuk-memujuk ni.Kata ibu aku ni hati batu,tak makan dek saman,orang ganu cakap.
"Baik,ibu.Nanti Ailin bawakan."
"Ha,Ailin kamu berapa tahun kat Korea?Nanti kat sana jangan buat bende yang tak senonoh sudah lah,kamu tu sudah lah pantang tengok lelaki,asyik nak berkepit je sampai boyfreind anak aku pon dikebasnya.Soalan macam peluru M-16  keluar  dari mulut maksu Timah,adik ayah aku sorang ni memang busy body skit.Hanya aku saja yang berani lawan cakapnya itupun akan disambung dengan leteran ibu kerna katanya tidak sopan lawan cakap orang tua.
:Saya kat sana 4 tahun maksu.Insyaallah saya akan jaga perangai saya cuma maksu nasihat anak maksu dulu.Saya rasa dia yang selalu berkepit dengan lelaki,bukan saya.Oh ya,pasal boyfreind anak maksu tu,sebenarnya Aireil tak tahan nak layan perangai anak maksu yang manja tahap jelly puding,tu.sebab itulah dia pilih saya.Tak apa lah maksu,saya ke dapur dahulu,nak kemas barang sikit.
Aku beredar dari situ disamping melihat jelingan tajam dari maksu dan ibu.Pastinya ibu akan berleter nanti.Nasib badanlah,,,

bersambung......
nukilan:faezah aiez azman

Friday 19 August 2011

SALJU CINTAKU DI KOREA PART 1

INI ADALAH DIARI SEORANG GIRL YANG BERNAMA FANA AILIN BINTI ILHAM>>>
SEMOGA ANDA GEMBIRA MENGIKUTI KISAH HIDUPNYA>>SELAMAT MEMBACA

Walaupun penat menolong cikgu di sekolah hari ini,aku tak kisah.Hanya itu saja pertolongan yang aku boleh buat sebagai jasa terakhir aku buat sekolah yang akan aku tinggalkan selepas 5 tahun belajar di sekolah ini.Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Permai.Tempat aku menuntut ilmu dan bertemu dengan kawan-kawan yang sangat baik dan setia menemani aku sepanjang bersekolah di sekolah ini.Terasa sayu memikirkan yang aku akan meninggalkan sekolah ini buat selamanya.
Hari ini keputusan SPM keluar,dan alhamdulillah aku mendapat 9a+.Tak sia-sia aku meninggalkan tabiat burukku iaitu menonton tv semata-mata nak hadapi peperiksaan.Semua pengorbanan aku akhirnya membuahkan hasil.Minggu depan ibu akan mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat buat aku kerana dapat keputusan yang cemerlang dan akan menyambung pelajaran  di Pohang University of Science and Technology.Tak sabar rasanya nak ke Korea.Mungkin aku akan dapat pengalaman yang sukar dilupakan.Namun aku juga takut apabila memikirkan yang aku akan hidup sendirian di sana nanti.Tiada kawan dan keluarga di sisi.
Masih teringat kata-kata Shila,kawan baikku siang tadi.
      "Mesti seronok dapat pergi oversea,kau beruntung Fana dapat peluang macam ni"sampuk Shila dari belakang.
"Tapi aku takut lah Shila,aku takut tak dapat adapt dengan persekitaran kat sana.Kau tau kan aku tak pernah berjauhan dengan family aku."
 "Apa kau nak takut,diaorang kat sana bukannya alien, nak makan orang.Kau ni takut tak bertempat lah.Manalah tau kot-kot boleh tersangkut kat mana-mana mamat Korea.Masa nak kahwin nanti makan kimchi lah kau"
"Apalah kau ni sampai ke situ pulak takde maknanya aku nak tersangkut kat mana-mana mamat Korea.Buang masa aku je,lebih baik aku tumpu pada pelajaran aku.Tapi kan,best jugak makan kimchi masa sanding.baru ada kelainan "
Aku tak tahu tapi firasat hati aku mengatakan akan ada sesuatu yang terjadi yang akan mengubah hidupku...


bersambung.....
 NANTIKAN KESINAMBUNGANNYA SETIAP HARI KHAMIS......

Sunday 10 July 2011

ONLY SOME ADVICE.....

A fellow with a ticket to a concert at Carnegie Hall was visiting New York City for the first time.It was ensure of his directions, but soon saw an elderly gentleman who was carrying a violin case.

"That elderly gentleman must be a musician,"he said to himself,"Surely he must know the way to Carnegie Hall,'

So the fellow approached the elderly gentleman and asked,"Sir,how can i get to Carnegie Hall?"

The elderly gentleman stopped, smiled and answered," Practise, Practise, and Practise,"

The moral is that there are no shortcuts, no quick and easy ways to improve one's skills in anything, from athletics to nuclear medicine.You just have to work at it all the time.

My most important piece of advice is Do something[anything].If you don't do anything, you won't get anywhere.Make it your hobby, not a chore, but above all have fun.

Don't be in too much hurry.You're setting off on a long journey and there will be delays and frustrations along the way.Sometimes you'll be in the fast lane and other times you'll be stuck in traffic, but there will also be  lots of interesting things and interesting people along the way.Take your time to really enjoy the experience

Saturday 9 July 2011

CITRA CINTA KOREA AND TAIWAN

Korang pasti pernah tengok crite2 taiwan or korea yang kebanyakkannye pasal cinta kan.Antara crite yang best lah hello my lady,lie to me,cofee prince and so on.apabila menonton crite2 nie,pasti heronye hensem dan heroinnye cantik.Plot yang hampir same iaitu diaorang nie mule2 tak suke,pastu suke gaduh lah,tuptup diaorang nie boleh jadi baik dan jadi couple.Pasti gadis2 remaja suke sangat tengok crite2 nie,kan.Macam kawan aku sorang nie,sebut je name artis2 korea and taiwan pasti dia boleh sebut satu-satu name artis,tajuk filem,bila tarikh lahir and macam-macam lagi.Macam satu crite taiwan yang aku baru tengok kat tv7.tak silap tajuknye it started with a kiss.it's a good story.Mengenai sorang girl nie yang suke sangat kat sorang lelaki yang hensem and cerdik,girl nie tak cerdik.suatu hari rumah girl nie roboh,jadi ayah boy nie ajak girl and ayah dia  nie tinggal  kat rumahnye coz ayah boy nie kawan rapat ngan ayah girl nie.Terdapat banyak scene2 yang kelakar yang terjadi mase diaorang tinggal bersama.Kalau nak tengok kesudahan crite nie, korang kenelah tengok crite nie kat ntv7 pukul 6 petang,ok....[walaupon crite nie dah lame keluar tapi aku baru tahu coz aku tak berapa nak ambik tahu pasal crite2 nie,maklum lah rumah aku tak ade astro jadi lambat lah skit aku nak tahu pasal bende nie,ok...]aku sentiasa terfikir alangkah bagusnye aku jadi macam girl nie,ade boyfrenz yang hensem,kacak[bukan same je ke]pandai,mak bapak sporting and so on...Kalu tak jadi dalam realiti dalam mimpi pon boleh lah.ok ah dah penat nie,ngantok ah.GOOD NITE... and sweetz dream okey....

p/s;dijah,blog aten  ape ah,lupeah pulak.......

persoaalan

Sekarang aku berasa takut.Takut menghadapi masa hadapan.takut apa yang akan berlaku pada aku pada keesokkan harinya,apa yang akan berlaku pada aku bile aku dewasa nanti,adakah aku akan pergi ke universiti.aku akan lulus dengan cemerlang,aku akan dapat kerja yang selesa,adakah aku dapat berjumpa dengan orang yang aku cintai sepenuh hatiku?Persoalan ini selalu bermain di fikiran aku walaupun aku cuba mengusirnye dari mimpi aku pada setiap malam.Andai saja aku mempunyai kuasa untuk menghapuskan semua perkara yang merungsingkan aku.Tapi aku tak bisa,aku hanya insan biasa[memang lah aku hanya orang biasa je bukannye superhero macam Clark Kent.hehehe....]ahh tensionnye.....Help me plezzz....

Dongeng aku dan korang.......

Semasa kita kecil pasti kita ada menonton cerita Cinderella,Sleeping Beauty,Bawang putih bawang merah dan banyak lagi cerita dongeng yang lain.Kita begitu teruja melihat keajaiban bagaimana cerita-cerita ini mampu menarik perhatian semua golongan tidak kira tua mahupun muda.Apakah sebenarnya faktor pendorong untuk menonton cerita ini walaupun sudah berulang kali ditayangkan?Pada pendapat aku.sebenarnya penyebab kita terus menonton cerita ini adalah kita pernah mengimpikan untuk jadi seperti watak dalam cerita dongeng tersebut.Tak kira waktu kita kecil mahupun sudah dewasa impian itu masih wujud dalam ingatan kita.Kita selalu mengimpikan untuk menjadi seorang puteri cantik yang diselamatkan oleh seorang putera yang sangat kacak.Hidup bahagia di istana dan mempunyai keluarga yang bahagia.Memang itu yang diimpikan oleh kita,kan???Namun realiti tak semuanya indah seperti yang diimpikan oleh kita.Kadang kala kita harus akur dengan realiti kehidupan.Walaupun impian itu tidak dapat dilaksanakan dalam kehidupan realiti namun kita harus bersyukur kerna kita masih dapat mengimpikan semua ini walaupun hanya dalam mimpi.Bagi aku itu sudah cukup untuk menjadikan hidup aku lebih bermakna biarpun aku sedar ini semua hanya mimpi.Mimpi yang aku tak pasti dapatkah aku realisasikan dalam kehidupan ini.Semuanya aku berserah pada yang Maha Kuasa.Suatu hari nanti aku pasti akan dapat berjumpa dengan seseorang yang bisa buatkan hidup aku seperti dalam cerita-cerita dongeng itu.Insyaallah....Aku doakan juga agar hidup korang juga seperti dongeng dulu-dulu......... 

SEKIAN......

Saturday 2 July 2011

LAWAK

Salam,lamenye tak tulis kat blog nie.rindu plak rasenye.baru2 nie aku ade tengok blog kawan aku,die sugess kat aku tengok video klip nie.Video nie dah lame cume aku baru tau,maklumah aq baru nak belajar pasal IT nie.mule2 tengok video nie ok lah.lawak lah jugak.Video nie die sorang je yang buat.Jadidie mainkan semua watak dalam video nie.Memang lawak ah.Jadi aku pon tengok kat youtube video die yang lain.Ader se video nie pasal sikap fans yang pergi tengok bola.die ade masukkan lawak pasal player2.memeng lawak ah.So.bagi korang yang  nak tengok video budak nie search matluthfi90 kat youtube.lawak die memang menyenangkan hatiaku lah.So,kite enjoy.
    Kepada matluthfi.keepa good job ye.I still wonder where you study n awak orang utara ke???

Wednesday 29 June 2011

Kampung aku yang dahulu sangat indah dimataku.Kampung aku ade sungai yang sangat jernih.Kita boleh nampak ikan di dalam sungai.Kampung aku ade due bahagian,satu bahagian ade batu dan sebahagian gi ade pasir saje tapi yang sedap mandi kat bahagian pasir.Kalu nak mandi kat kawasan pasir kene lalu kawasan budak lelaki main bola sepak.So,bagi ponpuan kene tebal lah siket muke tu nok lalu gi kat kawasan pasir Muke kene tebal macam fadhil.hehehe..................

Sunday 26 June 2011

KAWAN BAIKKU

Aku ade kawan.Kamu ade kawan?Kawan sememangnye sangat diperlukan dalam hidup kite.Kite ade kawan yang rapat dan ade kawan yang tidak berapa rapat.Tak kisah lah,yang pasti seseorang yang menghulurkan salam persahabatan dengan ikhlas semestinye layak digelar kawan.Aku mempunyai kawan yang bername dijah,fatin dan yang paling rapat dengan aku ialah mira.Kawan yang aku anggap sebagai saudara aku sendiri.Seingat aku,kami tidak pernah bergaduh.Dari kecil kami dibesarkan bersama di kg. buluh Kuala Berang.Walaupun kami sudah kurang berjumpa kerna aku di Marang manakala die di Kuala Berang tapi kami masih berhubungan menerusi telefon.Dia duduk kat asrama,jadi makin kuranglah kami berjumpa.Walaubagaimanapun kami masih kawan.Last skali kami jumpe 2 tahun lepas.Apapon yang terjadi die masih kawan aku.MIRA,dimanapon kau berada aku nak kau tahu wo ai ni(as a frenz)Aku harapka baca blog nie,0k?


KEPADA DIJAH AND FATIN,KAU JUGA KAWAN BAIKKU....................

Saturday 25 June 2011

sakitttttttttttttt

assalamualaikum,
    pernahkah korang semua sakit?tak kira lah sakit tangan ke,kaki ke,ataupun sakit hati.Sakit fizikal selalunye  boleh diubati, tapi sakit yang berkaitan dengan perasaan,mental memang diakui sukar diubati dan memerlukan satu semangat yang kuat untuk mengatasinya.Sokongan dari orang yang rapat dan tersayang amat diperlukan.Tapi bagaimana kalau orang yang tersayang tidak menyokong kita malah tidak lagi menghiraukan kita.Adakah kita akan berputus asa dan menyerahkannya kapada takdir.Sesungguhnye,ketiadaan sokongan dari orang yang tersayang akan membantutkan seseorang itu untuk sembuh.Saya ade membaca sebuah novel dimana seorang suami rela meninggalkan isterinya kerana tidak dapat memberi zuriat kepadanye.Adakah betul tindakan si suami itu?Bukankah si suami sepatutnye memberikan sokongan moral kepada si isteri?Bagi saya,sokongan yang diberikan oleh yang tersayang akan menaikkan semangat seseorang untuk terus berjuang.Bagi orang yang sedang bertarung untuk terus hidup,doaku sentiasa bersamamu.Bagi orang yang terus memberikan sokongan kepada mereka,dirimu aku sanjung dan pengorbananmu sentiasa dikenang.Wassalam.....

Thursday 23 June 2011

Mencintai lebih sukar dari dicintai.

Pernyataan bahawa mencintai seseorang lebih sukar dari dicintai bagi saya adalah benar.Apabila kita mencintai seseorang,kita akan sentiasa risau dia akan meninggalkan kita.Kita akan berburuk sangka dengan dirinya.Kita akan menganggap dia sentiasa tidak jujur dengan kita.Walaupun kerisauan ini berusaha ditutup dengan senyuman dan sentiasa gembira apabila bersamanya,saya pasti korang semua tidak akan tidur malam.Apabila kita dicintai  oleh seseorang,kita tidak akan risau dia akan meninggalkan kita.Ini kerana kita tahu dia akan setia kepada kita sajer.Oleh itu,bagi korang yang tidak mahu menangis kerana ditinggalkan kekasih aku nasihatkan supaya memilih orang yang mencintai kita daripada memilih orang yang kita cintai.Itu hanya pendapat aku saje kerna aku juga pernah melaluinya dan aku tak mahu mengulanginya buat kali kedua.

Wednesday 22 June 2011

Hidup penuh cabaran

Hidup penuh cabaran.Setiap manusia tak terlepas dari mendapat dugaan daripada yang Maha Kuasa.Namun terpulang kepada kita bagaimana untuk menghadapinya.Setiap langkah yang diambil pastinya memberi kesan kepada kitaOleh itu,setiap langkah yang diambil pastinya perlu difikirkan masak-masak sebelum melakukannya.Keputusan yang dibuat mempunyai pro dan kontranya.Jadi terpulang kepada kita untuk menyelesaikannya.Andai baik langkahnya maka baiklah keputusannya,tapi kalau silap langkahnya maka silaplah keputusannya yang anda semua buat.SEKIAN ......

WELCOME TO MY BLOG

HELLO,
    selamat datang ke blog saya,Saya harap awak semua akan setia mengikuti perkembangan saya dari masa ke masa.I hope u all enjoy this blog.Thank you very much.