Friday 19 August 2011

SALJU CINTAKU DI KOREA PART 1

INI ADALAH DIARI SEORANG GIRL YANG BERNAMA FANA AILIN BINTI ILHAM>>>
SEMOGA ANDA GEMBIRA MENGIKUTI KISAH HIDUPNYA>>SELAMAT MEMBACA

Walaupun penat menolong cikgu di sekolah hari ini,aku tak kisah.Hanya itu saja pertolongan yang aku boleh buat sebagai jasa terakhir aku buat sekolah yang akan aku tinggalkan selepas 5 tahun belajar di sekolah ini.Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Permai.Tempat aku menuntut ilmu dan bertemu dengan kawan-kawan yang sangat baik dan setia menemani aku sepanjang bersekolah di sekolah ini.Terasa sayu memikirkan yang aku akan meninggalkan sekolah ini buat selamanya.
Hari ini keputusan SPM keluar,dan alhamdulillah aku mendapat 9a+.Tak sia-sia aku meninggalkan tabiat burukku iaitu menonton tv semata-mata nak hadapi peperiksaan.Semua pengorbanan aku akhirnya membuahkan hasil.Minggu depan ibu akan mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat buat aku kerana dapat keputusan yang cemerlang dan akan menyambung pelajaran  di Pohang University of Science and Technology.Tak sabar rasanya nak ke Korea.Mungkin aku akan dapat pengalaman yang sukar dilupakan.Namun aku juga takut apabila memikirkan yang aku akan hidup sendirian di sana nanti.Tiada kawan dan keluarga di sisi.
Masih teringat kata-kata Shila,kawan baikku siang tadi.
      "Mesti seronok dapat pergi oversea,kau beruntung Fana dapat peluang macam ni"sampuk Shila dari belakang.
"Tapi aku takut lah Shila,aku takut tak dapat adapt dengan persekitaran kat sana.Kau tau kan aku tak pernah berjauhan dengan family aku."
 "Apa kau nak takut,diaorang kat sana bukannya alien, nak makan orang.Kau ni takut tak bertempat lah.Manalah tau kot-kot boleh tersangkut kat mana-mana mamat Korea.Masa nak kahwin nanti makan kimchi lah kau"
"Apalah kau ni sampai ke situ pulak takde maknanya aku nak tersangkut kat mana-mana mamat Korea.Buang masa aku je,lebih baik aku tumpu pada pelajaran aku.Tapi kan,best jugak makan kimchi masa sanding.baru ada kelainan "
Aku tak tahu tapi firasat hati aku mengatakan akan ada sesuatu yang terjadi yang akan mengubah hidupku...


bersambung.....
 NANTIKAN KESINAMBUNGANNYA SETIAP HARI KHAMIS......

4 comments:

CikTeddyCorner said...

wah..go0d2..buat lagi.haha

faezah_aiez said...

SILA TUNGGU PADA SETIAP HARI KHAMIS YA

Unknown said...

ehem2..waa ni mengimbau kenangan silam aku ni ;D

faezah_aiez said...

perasan.mg pernoh gi korea ke>>>