Friday 26 August 2011

SALJU CINTAKU DI KOREA PART 4

"Kamu duduk sana jaga diri baik-baik.jangan suka cari gaduh kat  sana,perangai tu tolong lah ubah."pesanan mak buat diriku sebelum berlepas ke Korea.Pesanan yang hampir sama diberikan oleh ibu semasa kak Aireen hendak melanjutkan pelajaran 3 tahun lepas.Aku memandang kak Aireen agar menyelamatkan aku dari bebelan ibu namun tak kesampaian.Mungkin dia mahu balas dendam kerna aku tak menolongnya dulu .Sampai hati kak Aireen.
"Kau kat sana nanti jangan lupakan aku eh,twet aku selalu eh.Nanti kalau jumpa mamat Korea jangan lupa kirim salam eh"ujar Shila sambil tersenyum.

"Cik,cik..."teguran dari pramugari mengejutkan aku dari lamunan.Aku tak sangka sekarang aku sudah berada dalam kapal terbang dan telah jauh dari family dan rakan-rakan terutama Aireil.Tiba-tiba air hangat mengalir di pipiku tanpa kusedari.
"Cik,cik tak apakah?tanya pramugari itu setelah melihat aku menangis.
"Tak ada apa-apa"beritahu aku..
"Sila pakai tali pinggang cik.Kita akan berlepas sebentar lagi."Aku hanya mengangguk dan melakukan saja arahan dari pramugari itu.Orangnya tinggi dan cantik,patutlah dapat jadi pramugari.Aku pun masa kecil pernah berangan nak jadi pramugari tapi disebabkan ketinggian aku yang tak berapa nak tinggi nie,terpaksalah aku melupakan hasrat tu.Aku mengambil keputusan untuk melelapkan mata bagi mengelakkan kapal terbang nie dibanjiri oleh air mata aku kerana teringatkan family.Aku terdengar bunyi seseorang sedang duduk disebelahku namun aku tidak mengendahkannya.Aku perlu berehat buat seketika.

Selepas beberapa jam di dalam kapal terbang.
Apasal perut aku ni,masa ni lah nak meragam,masa di airport baik-baik je.Adoi spoil mood aku je.
Semasa melangkah pergi untuk ke tandas,aku terlanggar seseorang kerna mahu cepat.
"Maaf,saya minta maaf"aku membersihkan baju dari tumpahan air sambil mendongak kepala.Alamak mamat nie,hensem giler,tergugat iman aku sekejap.
"Emmm...jawab mamat tu sambil berlalu begitu saja.
Emmm??tu je,berlagak giler mamat nie,menyesal aku puji tadi.Dah lah dengan muka selamba, pastu terus blah macam tu je.Menyesal aku mintak maaf.

Untuk mengelak daripada kepala aku migrain coz teringatkan peristiwa tadi, aku pun berehat sambil mendengar dari mp3.Tiba-tiba je,mamat tadi mari kat aku,aku dah takut dah.macam mana lah kalau dia minta ganti rugi baju dia,aku dah lah tak ade duit skarang ni.macam mana nie.
Tiba-tiba lelaki tu duduk di sebelah aku.
"Errr,i'm really sorry about that."aku mintak maaf sambil buat muka seposen tapi laki tu  buat bodoh je,geram aku.Malas nak layan mamat yang tak ade perasaan nie,aku pun sambung lah tidur.
"Puan,sila pakai tali pinggang,kita akan mendarat sebentar lagi."beritahu pramugari itu sambil tersenyum padaku.Apasal dia panggil aku 'puan',aku belum kahwin lagi.Aku cuba untuk bangun tapi kepalaku terasa berat.Aku cuba mendongak.
Alamak..apasal aku boleh tertidur dan boleh aku letakkan kepala aku kat bahu mamat nie,malunya.Patutlah pramugari tu panggil aku puan,rupanya dia ingat mamat nie suami aku.Aku tersenyum sambil memandang 'suami' aku nie,Memang tak dinafikan mamat nie memang hensem.
"You are awake?soal  mamat korea sambil memandang aku,terasa malu lah pulak.Aku melarikan pandangan dari melihatnya.
"Yes,we will be landing,put on your belt.ujar Ailin sambil merapikan sweaternya.
''You sleep well"
"Yes,thank for lending your shoulder."beritahu Ailin
"No problem,i see you so tired,so i just let it.
Ahhhh,betapa malunya aku sampai tak tengok langsung wajah dia.

bersambung...
Nukilan :: faezah aiez azman

Monday 22 August 2011

SALJU CINTAKU DI KOREA PART 3

"Kau buat apa tu,berangan je sorang-sorang.Perangai tak boleh nak ubah kan,"sergah Shila dari belakang.
"Kau ni,nasib baik aku tak ada sakit jantung.Kalau tak dah lama aku masuk kubur ,tak boleh bagi salam dulu ke,pakat main terjah je,kau ingat kau Nas Ahmad ke?beritahu Ailin dengan geram.
"Jom aku  bawa kau kat suatu tempat."beritahu Shila.
"Kat mana?aku malas lah nak jalan-jalan.Lagipun pinggan mangkuk tak basuh lagi ni."jawab Ailin

Apalah budak ni sorang,Ajak aku ke taman bunga,tak ada klas langsung.Ajak lah ke taman permainan ke,bolehlah aku main buat kali terakhir sebelum pergi ke Korea.
"Aku pergi tandas kejap"sahut Shila dari belakang.

Apasal minah ni .tinggalkan aku sorang-sorang kat sini,kejap tadi dia yang beria-ria nak ajak aku pergi taman.Seram sejuk je aku duduk sorang-sorang kat sini.

"Assalamualaikum,Ailin"kedengaran suara dari belakang memeranjatkan aku.Tak pasal-pasal langkah silat gayung keluar.Kesian budak ni.

"Adoi,awak ni memang teruk lah,sakit saya.Patut lah orang panggil awak gadis gayung.Sekali keluar silat,ayah saya punya langkah pun boleh kalah."adu Aireil menahan kesakitan.
"Maaf lah awak,mana saya tahu awak yang ada kat belakang saya,saya ingatkan orang jahat,sebab tu habis keluar semua silat gayung yang saya belajar".jawab Ailin dengan perasaan bersalah.
"Ada orang jahat bagi salam ke?bantah Aireil
"Yelah,yelah saya minta maaf,puas hati,nanti saya belanja awak makan ice-cream ,ye.Apasal awak nak jumpa saya?tanya Ailin
"Saje je,nanti dah tak boleh jumpa awak lagi,4 tahun kena duduk berjauhan dengan awak,sedih tau.Macam mana lah dengan kehidupan saya nanti tanpa awak disisi saya.Awak kat Korea,saya kat Australia.tak boleh nak jumpa selalu."cakap Aireil dengan nada sedih.
"Awak ni propa lebih,awak tau tak.Saya pergi Korea bukannya nak cari laki.Awak jangan risau lah.4 tahun tak lama,pejam celik,pejam celik dah 4 tahun."pujuk Ailin
"Kalau pejam tak celik-celik,cam mane?tanya Aireil.
"Awak boleh tak jangan buat saya takut.Soal ajal maut,jodah pertemuan ditangan tuhan.Kalau jodoh kita ada,insyaaallah kita akan dipertemukan semula,namun kalau jodoh kita setakat ini saja,kita kena pasrah"nasihat Ailin dengan sabar.
"Awak jangan cakap macam tu,saya tetap akan sayang awak sampai bila-bila,cinta saya pada awak tak kan berbelah-bagi dan akan sentiasa mekar dalam hati saya."sayu saja omongan Areil.
"Insyaallah,kita ikutkan saja apa yang telah ditakdirkan oleh ALLAH S.W.T."ujar Ailin.
"Nah,awak simpan rantai ni.Rantai ni lambang cinta saya pada awak.Kalau awak rindukan saya, awak pegang rantai ni dan bayangkan saya di sisi awak,ya"panjang lebar pesanan Aireil.
"Tapi saya tak ada apa-apa nak bagi kat awak"beritahu Ailin
"Cukup awak berikan cinta awak untuk saya seorang saja."kata-kata Aireil menusuk ke kalbu hatiku.Sesungguhnya kalau dia yang tercipta untukku di dunia ini,maka kau mudahkanlah perhubungan ini.Doaku pada ILLAHI.
"Ha,korang buat apa ni?"sergahan Shila dari belakang menhentikan perbualan kami.
"Kau ni memanglah pakar buat orang sakit jantung"adu Ailin.
"Eleh, nak mengadu dengan abang dia lah tu,takpe nanti abang aku mari aku beritahu kat abang aku yang korang buli aku,biar padam muka,hahahaha"omong Shila sambil menghulurkan ice-cream yang baru dibelinya.
'Alah,janganlah merajuk,tu abang kesayangan kau dah datang tu,pergi lah sambut ."sampuk Aireil yang dari tadi hanya senyap mendengar usikan aku dan Shila.

Shila terus berlari ke arah Arman,kekasihnya yang baru pulang dari plkn.Sambil berbual di taman bunga,kami makan ice-cream yang dibeli oleh Shila tadi.Kami mengimbau kembali saat bersama masa sekolah menengah,saat bagaimana Aireil mula-mula mahu mendekatiku.Saat itu akan terus kekal dalam hatiku dan akan menjadi kenangan  terindah dalam hidupku.[macam lagu samsons lah pulak].Aku berdoa agar hubungan kami berempat akan terus kekal buat selama-lamanya.

bersambung...

nukilan :faezah aiez azman

Sunday 21 August 2011

SALJU CINTAKU DI KOREA PART 2

"Ailin,tolong ambilkan kuih yang ada kat atas meja,tu"sahut ibu dari ruang tamu.Aku baru nak berangan nak beli baju sejuk untuk pakai semasa di Korea nanti.Spoil mood aku je lah ibu aku ni.Namun kata-kata itu tidak diutarakan,mengajuk nanti ibu,siapa nak pujuk.Hanya kak Aireen saja yang jaguh dalam bab pujuk-memujuk ni.Kata ibu aku ni hati batu,tak makan dek saman,orang ganu cakap.
"Baik,ibu.Nanti Ailin bawakan."
"Ha,Ailin kamu berapa tahun kat Korea?Nanti kat sana jangan buat bende yang tak senonoh sudah lah,kamu tu sudah lah pantang tengok lelaki,asyik nak berkepit je sampai boyfreind anak aku pon dikebasnya.Soalan macam peluru M-16  keluar  dari mulut maksu Timah,adik ayah aku sorang ni memang busy body skit.Hanya aku saja yang berani lawan cakapnya itupun akan disambung dengan leteran ibu kerna katanya tidak sopan lawan cakap orang tua.
:Saya kat sana 4 tahun maksu.Insyaallah saya akan jaga perangai saya cuma maksu nasihat anak maksu dulu.Saya rasa dia yang selalu berkepit dengan lelaki,bukan saya.Oh ya,pasal boyfreind anak maksu tu,sebenarnya Aireil tak tahan nak layan perangai anak maksu yang manja tahap jelly puding,tu.sebab itulah dia pilih saya.Tak apa lah maksu,saya ke dapur dahulu,nak kemas barang sikit.
Aku beredar dari situ disamping melihat jelingan tajam dari maksu dan ibu.Pastinya ibu akan berleter nanti.Nasib badanlah,,,

bersambung......
nukilan:faezah aiez azman

Friday 19 August 2011

SALJU CINTAKU DI KOREA PART 1

INI ADALAH DIARI SEORANG GIRL YANG BERNAMA FANA AILIN BINTI ILHAM>>>
SEMOGA ANDA GEMBIRA MENGIKUTI KISAH HIDUPNYA>>SELAMAT MEMBACA

Walaupun penat menolong cikgu di sekolah hari ini,aku tak kisah.Hanya itu saja pertolongan yang aku boleh buat sebagai jasa terakhir aku buat sekolah yang akan aku tinggalkan selepas 5 tahun belajar di sekolah ini.Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Permai.Tempat aku menuntut ilmu dan bertemu dengan kawan-kawan yang sangat baik dan setia menemani aku sepanjang bersekolah di sekolah ini.Terasa sayu memikirkan yang aku akan meninggalkan sekolah ini buat selamanya.
Hari ini keputusan SPM keluar,dan alhamdulillah aku mendapat 9a+.Tak sia-sia aku meninggalkan tabiat burukku iaitu menonton tv semata-mata nak hadapi peperiksaan.Semua pengorbanan aku akhirnya membuahkan hasil.Minggu depan ibu akan mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat buat aku kerana dapat keputusan yang cemerlang dan akan menyambung pelajaran  di Pohang University of Science and Technology.Tak sabar rasanya nak ke Korea.Mungkin aku akan dapat pengalaman yang sukar dilupakan.Namun aku juga takut apabila memikirkan yang aku akan hidup sendirian di sana nanti.Tiada kawan dan keluarga di sisi.
Masih teringat kata-kata Shila,kawan baikku siang tadi.
      "Mesti seronok dapat pergi oversea,kau beruntung Fana dapat peluang macam ni"sampuk Shila dari belakang.
"Tapi aku takut lah Shila,aku takut tak dapat adapt dengan persekitaran kat sana.Kau tau kan aku tak pernah berjauhan dengan family aku."
 "Apa kau nak takut,diaorang kat sana bukannya alien, nak makan orang.Kau ni takut tak bertempat lah.Manalah tau kot-kot boleh tersangkut kat mana-mana mamat Korea.Masa nak kahwin nanti makan kimchi lah kau"
"Apalah kau ni sampai ke situ pulak takde maknanya aku nak tersangkut kat mana-mana mamat Korea.Buang masa aku je,lebih baik aku tumpu pada pelajaran aku.Tapi kan,best jugak makan kimchi masa sanding.baru ada kelainan "
Aku tak tahu tapi firasat hati aku mengatakan akan ada sesuatu yang terjadi yang akan mengubah hidupku...


bersambung.....
 NANTIKAN KESINAMBUNGANNYA SETIAP HARI KHAMIS......